Bilangan Pelawat.....

Saturday, April 28, 2018

10 tips memilih penapis air

10 TIPS HANGAT MEMILIH PENAPIS AIR
Ketahui apa yang anda bakal beli😎
====================================

1. PILIH YANG PALING POPULAR
Ada banyak sebab kenapa sesuatu produk dipilih & dipercayai. Jadi, anda tak perlu risau spesifikasi, pakej selepas jualan, Halal, kontrak dan lain-lain perkara yang SEPATUTNYA DIPERTIMBANGKAN✅

2. PAKEJ SERVIS SELEPAS JUALAN
Pastikan anda dapat pakej servis yang terbaik. Anda nak dapat PERCUMA SERVIS setiap 2 bulan atau 4 bulan? Pastikan juga tukaran Filter PERCUMA juga taw. Ehhh, warranty juga PERCUMA taw. Pastikan bebetul ye😎

3. AMBIL TAHU PENAPIS DARI MANA
Adakah penapis yang dikeluarkan ada pusat RnD sendiri? atau hanyalah filter jenis "OEM" yang sama je rupa penapis tu untuk 10 jenama berbeza. Rugi laa bayar mahal tapi kualiti sama macam yang murah kan?🤔

4. KESTABILAN SYARIKAT & SISTEM SOKONGAN
Syarikat yang ada branch di setiap negeri adalah pilihan yang tepat. Kalau ada masalah, lebih mudah & cepat sistem sokongan akan bertindak. Takkan nak biar seminggu jika berlaku kebocoran kan?😅

5. KONTRAK
Sila tengok kontrak berapa lama. Jangan sampai 1 masa dah tak nak guna kena bayar lumpsum untuk baki yang tinggal. Kaji bahagian ini baik-baik taw😇

6. TEMPOH PASANG
Pastikan ejen terangkan secara jelas berapa lama tempoh pemasangan selepas pendaftaran. Jangan dah bayar duit, tunggu punya tunggu 2 minggu belum pasang lagi.

7. JENIS TANGKI
Buat pilihan yang bijak. Pilih jenis tangki yang tahan untuk jangka masa yang lama. Kita tak mahu tangki yang mudah terhakis material dan sebagainya.

8. JENIS TAPISAN
Kenali jenis tapisan yang anda nak beli samada jenis MINERAL/RO/ALKALI jangan main bedal je beli tapisan mineral tapi "claim" ada alkali. Kenali juga jenis PH alkali dan cara minum yang betul ikut kesesuaian badan anda. Jangan main hentam keromo sahaja.

9. KAPASITI TANGKI
Ambil tahu anda bayar untuk kapasiti 2 liter / 6 liter / 12 liter / 21liter. Buat pilihan bijak berdasarkan isi rumah dan lokasi mesin bakal diletakkan. Pastikan BERBALOI kapasiti dengan harga. Takda laa masalah tetamu datang, tapi air dapat bancuh 2 teko je kan?

10. PASTIKAN PRODUK DIIKTIRAF
Sangat penting sebab ini yang menentukan dan membezakan KUALITI dan STANDARD sesuatu produk dan jenama. Walaupun terbukti menang TRUSTED BRAND PLATINUM AWARD / GOLD AWARD sila periksa jenama penapis air anda disini juga :

✅ Halal Jakim - http://www.halal.gov.my/
✅ WQA - https://www.wqa.org/
✅ NSF - http://www.nsf.org/
✅ SIRIM - http://www.sirim.my
✅ Korean top brand  - http://interbrand.com/newsroom/best-korea-brands-2017/

Sekian, pilihan yang bijak ditangan anda yang bijak.
Lihat komen untuk produk yang saya amat rekomen💯

Azlina
Health Planner
Coway (M) Sdn Bhd